Sunday, 29 September 2013

Kerana Allah Aku Menikahimu



Kerana Allah Aku Menikahimu, sebuah buku hasil karya pengarang Indonesia iaitu Burhan Sodiq. Mempunyai 133 halaman muka surat. Sebuah buku yang tidak hanya boleh dibaca oleh golongan yang telah berkahwin, malah golongan yang masih bujang juga boleh membaca nya sebagai panduan untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Buku ini sedikit sebanyak memberi panduan, nasihat dan pandangan kepada pasangan suami isteri untuk melayari bahtera rumah tangga. Turut disenaraikan beberapa permasalahan sikap suami dan isteri setelah berumah tangga dan juga cara penyelesaian masalah tersebut.

Lengkap dengan firman Allah s.w.t serta hadis-hadis nabi s.a.w membuatkan pembaca lebih yakin dan bersemangat untuk melayari rumah tangga dengan sejahtera.

Love
#doasenjataorangmukmin

No comments:

Post a Comment